JUN 2023

Tenaga Solar Sumber Tenaga Baharu Sarawak


KUCHING: Sarawak memperkenalkan satu lagi sumber tenaga baharu untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen, iaitu tenaga solar.

Dalam ucapannya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, teknologi baharu itu merupakan alternatif kepada penggunaan sumber tenaga hidro yang biasa digunakan.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa Sarawak kini mempunyai kedua-dua sumber tersebut, iaitu hidro dan tenaga solar.

“Pada umumnya, selalunya kita menggunakan hidro, tapi hari ini ia terbukti bahawa tenaga solar juga boleh digunakan untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen.

“Tenaga solar turut memanfaatkan suria untuk menghasilkan tenaga melalui pemecahan molekul air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen,”katanya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga memberitahu, tenaga solar juga dapat digunakan sebagai alternatif di kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai sumber tenaga hidro.

Terdahulu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari telah menyempurnakan pelancaran Hidrogen Hijau Tenaga Solar Testbed dan menara 5G pertama asia tenggara yang dikuasakan oleh sistem mikrogrid suria kepada hidrogen serta berkesempatan mendengar taklimat mengenai smart PV Solar-Powered Green Hydrogen Illustration dan beberapa perkara yang berkaitan.

Sumber dari : Sarawakku